Khamis, 3 November 2011

Maaf..

Rasanya sudah lama blog BOSS SMK Dengkil tidak aktif, kan? Ok lah.. mulai hari ni, insyaAllah saya akan menceritakan semua aktiviti skuad SPBT di sekolah SMK Dengkil. Saya di beri amanah oleh guru pembimbing SPBT mengaktifkan blog ini.

Kami sebagai ahli atau skuad SPBT sentiasa menjalankan tugas dengan jayanya. Setiap penghujung sekolah, kami akan mengemas buku-buku yang mahu di lupuskan atau yang masih digunakan untuk tahun hadapan. Mungkin semua pelajar akan fikir, SPBT ini hanya mengadap buku 24 jam. Sebenarnya tidak. Kami bukan hanya sekadar mengemas buku-buku di bilik SPBT sahaja. Kami juga akan mengadakan lawatan atau aktiviti-aktiviti yang menarik seperti membuat jualan pada hari sukaneka dan hari kantin sekolah.

Kami sebagai skuad SPBT dilantik dari segi kekemasan diri, kerajinan kami menjalankan tugas dan yang lebih penting amanah dan jujur. Kami tidak akan menerima rasuah. Kami akan di perhatikan oleh beberapa orang guru sebelum kami dilantik supaya pilihan yang di buat tidak menyusahkan masa hadapan kelab SPBT ini. Kami akan diperhatikan dalam beberapa bulan.

Sampai disini dahulu. InsyaAllah saya akan terus mengaktifkan blog BOSS SMK Dengkil. =)


post by: Athirah Ibrahim