Selasa, 3 Ogos 2010

Program Baca Buku Teks


Program diadakan pada perhimpunan harian di dewan bagi memupuk pelajar-pelajar SMK Dengkil untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengenali buku teks sebagai sumber ilmu.

Spot check buku teks


Skuad SPBT sedang membuat pemeriksaan keadaan buku teks bagi pelajar-pelajar peralihan. Pelajar-pelajar yang membuat kesalahan seperti tidak membalut buku teks, menconteng buku teks, merosakkan buku teks dan tidak membawa buku teks ke sekolah akan diambil tindakan oleh guru SPBT